Thursday, August 31, 2017

Menjelang Wukuf 1436

InshaAllah esok wukuf. Yang kedua selepas wukuf yang saya lalui 2 musim haji yang lalu. Malam ni buat saya terkenang...Pagi 8 Zulhijjah sebelum bergerak ke Arafah seperti biasa kami menghabiskan masa di masjidil haram. Saya terbaca buku Ustaz Daud Che Ngah, perbanyakkan doa dan solat sunat serta sedekah menjelang hari berwukuf.

Ada tanda tanda saya akan batuk. Agak runsing nak ke Arafah kalau boleh biarlah dalam keadaan sihat. Pagi 8 hb tu perkarangan dataran kaabah sudah agak lengang. Hari 'tarwiyah' iaitu hari Rasulullah s.a.w bergerak ke Mina. Mereka ke Arafah dari Mina. Tapi jemaah Malaysia akan bergerak petang 8 Zulhijjah ..ke Arafah terus. Mekah lengang kerana most of orang Arab mengikut jejak Rasulullah SAW..bergerak ke Mina pada 8 hb Zulhijjah.

So berbalik kepada suasana lengang tu kami mengambil peluang solat berhadapan Multazam.Saya berdoa agar Allah  sihatkan saya dan suami untuk menghadapi saat getir di sana...Kami menghayati suasana lengang itu...sangat syahdu terasa diri sangat disayangi..Allahuakbar. Then tanya suami kita nak bersedekah kat siapa? Tiba tiba datang seorang wanita ke kawasan kami sambil menadah tangan dan menyebut Suria Suria...rupanya jemaah dari Syria memohon belas dari jemaah jemaah yang ada...Allahuakbar..Banyak sungguh keajaiban di sini...Lepas solat zohor kami kembali ke hotel untuk bersiap ke Arafah...saat yang di nanti telah tiba. Kami telah diarahkan menaiki bas mengikut susunan KT. Kemudian di beri kad yang tertera nombor bus. Saya sangka kan semua dapat tempat duduk..sangkaan saya meleset...kami lambat naik maka berdiri la kami. Bus yang kami naik bergerak bila semua bas yang lain telah bergerak. Dalam hati gusar lama ke kena berdiri ni? Kalau jalan jam tahan ke saya? Allahuakbar...suami setia mengingatkan saya..doa..zikir Allah dengar. Alhamdulillah ada jemaah yg offer kerusi lipat duduk dalam bus..Allahuakbar..tak penat pun..and ajaibnya kami bus yang terawal sampai...perjalanan sangat smooth. Ada rakan sebilik yang menghadapi suasana getir di bas yang lain...ada yang sesak nafas dalam bas mereka..Allahu..Allah mudahkan kami...

Setiap solat tahajud saya sentiasa berdoa agar suami saya sentiasa mengasihani dan menyayangi saya ..saya takut dengan cerita cerita kisah suami isteri bergaduh di Mekah..Alhamdulillah terasa diri sangat diredhai oleh sang suami. Sentiasa memastikan saya selesa ..Sampai di Arafah sudah masuk maghrib..suami membawa beg saya ke khemah..mencarikan khemah saya. Then suami menemankan saya mencari toilet..supaya saya familiar dengan keadaan sekitar. Selepas saya settle dia ke khemahnya. Berpesan supaya solat jamak. Nanti dia datang semula. Selesai solat kami duduk makan di belakang khemah...tiba tiba angin kuat..rupa rupanya ribut pasir di Arafah...Allahuakbar teringat crane yang jatuh minggu lepas..ni ribut pulak di Arafah..Suami cakap angin kuat dia mengarahkan saya masuk ke khemah...dengan pasir yang berterbangan...kami berpisah..Saya tahu dia bimbangkan saya..pada suami dan anak anak saya seorang yang sangat 'fragile' dan tidak tahan activity lasak..

Itulah malam yang paling panjang dalam hidup saya..tidur dalam khemah tanpa tilam..melihat ke langit..dalam suhu atas 45 Celcius...tak ada cooler or kipas...memang saya tak lena tidur menanti siang..bangun solat..cuba tidur..memang panjang malam tu..rupa rupanya husband pun sama..it was the longest night in our life...

Esoknya bersiap siap lepas solat subuh suami saya terus mendapatkan saya untuk sarapan dan dia mengajak saya duduk di luar khemah. Dia cuba membuat saya leka dari mengingati cuaca yang panas dan suasana yang agak mencabar tu. Kami duduk bersama dibawah teduh pokok...ketika tu air botol diedarkan ais juga disediakan. Waktu zohor suami ke surau dan saya bersolat di khemah saya.Di Arafah kami diarahkan solat jamak. Selesai solat dan khutbah suami mencari tempat untuk kami berteduh dan berdoa...Ketika itu suhu antara 48 ke 51 Celcius...Now and then ada announcement orang pengsan...pesanan pesanan disuarakan agar jemaah minum air banyak banyak..Allahuakbar...selama ni dengar cerita tentang tawaf dan saei..tentang masjidil haram sahaja...Bila berada di Arafah...betapa insaf dan kerdil nya diri ini. Di Arafah ada suami yang melayan dan menjaga saya...bagaimana keadaan saya di padang masyhar nanti? Berbagai perasaan yang saya rasa..takut..insaf Allahuakbar. Suami tidak berhenti henti mengingatkan saya supaya berdoa agar Allah membuat saya rasa selesa di dalam cuaca panas ini. Ye kami tak berdaya nak mintak Allah sejukkan cuaca tapi kami boleh berdoa agar Allah selesakan kami..


No comments: