Monday, January 12, 2009

Princess Story...One

Masih segar dalam ingatan....tarikh 16 May 2005, Afiq anak jiran sekampung datang ke rumah ku pada petang itu untuk memberitahu Cik gu Noraini Hassan Muraji accident dan meninggal di tempat kejadian....tak kan ku lupakan tarikh itu. Allahyarham merupakan adik father in law paling bongsu. Kami memilih untuk pindah ke sini kerana allahyarham...tapi Allah lebih menyayanginya....Seorang yang joyful dan suka bergurau. Kami pernah mengerjakan umrah bersama nya memang tak kering gusi sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah..even dalam plane pun dia riuh...Terngiang-ngiang alunan Labbaikaulah...dari nya. Tahun berikutnya allahyarham menunaikan haji dengan membwa father in law ku yang uzur...tak terbalas jasanya. Tuhan menjemput dia lebih awal. Semenjak pemergiannya terasa sunyi, rumah ku di depan surau. Selalunya lepas magrib dia akan datang mencari hubby untuk bercerita sekiranya di surau tiada pengajian..beliau akan duduk di rumah ku sehingga waktu untuk mengalunkan azan isyak (bilal). Dia paling gemar kek dan biskut yang homemade..sure habis kalau dihidangkan. Boleh dikatakan setiap malam dia datang dengan cerita-ceritanya....yang selalunya kelakar. Merupakan seorang guru..di meninggalkan kami pada hari guru juga....Uniknya dia kerana isterinya juga mempunyai nama yang sama..Noraini....
Aku mengimbau kembali kenangan lalu kerana....keesokannya selepas pengkebumiannya aku terus ke klinik...period dah lewat..confirm Dr kata positif!!! Hubby cakap congratulation ma....ha..haa. .masa tu I dah 39...doc cakap due 15 jan 2006. Hem kalau 14 Jan keluar okay gak my birthday tu doc.....So lepas ni baru cerita pengalaman ku 3 tahun yang lalu hingga lahirlah princess......Alfatihah buat allahyarham...sesungguhnya kekadang bila ku ingat, Allah mengutuskan Q pulak sebagai penghibur kami...dia ambil pak cik kami..di ganti dengn our princess. Ingatkan nak bagi nama Noraini...tapi semua tk setuju coz..we're the ZZ family...

No comments: