Saturday, May 20, 2017

Haji 2015 - The Fallen Angels (Tragedi krane Mekah) 110915





video





Assalamualaikum...

Hari ke empat kami di Mekah.

Video yang saya jumpa dalam phone suami saya ini lah yang membuatkan saya ingin menyambung semula kisah perjalanan haji saya dan suami.

Jumaat pertama kami di Mekah. Seperti biasa pagi ikut suami ke masjidil haram. Selepas sarapan saya memberitahu suami yang saya akan pulang ke hotel bagi mencuci pakaian. Saya akan datang semula selepas waktu Jumaat dengan membawa makanan so kami boleh lunch sama sama😇. Pada mulanya suami bimbang akan keselamatan saya, tapi saya cakap InshaAllah okay jer. Kalau musim haji hari Jumaat suami kena standby kat dataran kaabah sejak awal pagi. Nanti tak dapat saf kat depan kaabah. Pintu pintu pun biasanya di tutup awal. Its advisable stay jer kat masjid lepas Subuh tu.

Anyway it was a big mistake...huhu selepas solat Jumaat tu saya berjalan ke masjid seorang diri...melawan arus ribuan manusia yang pulang dari masjid..huhu it was scary. Alhamdulillah saya berjaya sampai ke masjidil haram bersama lunch pack. Kami berpiknik di dataran. So selepas lunch saya ke mall untuk menunggu suami saya selesai solat. Biasanya saya berkumpul bersama rakan rakan lain sambil duduk memandang ke masjid. Selepas waktu Asar nampak cuaca agak mendung seperti hari pertama kami sampai dulu....tiba tiba angin kuat..pintu berdentam dentum...orang ramai berlari masuk ke mall. Owh hujan lebat rupanya. Masa tu tak terfikir apa apa. Kami beredar ke dalam bahagian mall jauh dari pintu kerana keadaan agak riuh dan orang mulai ramai masuk ke dalam. Then suami saya message bertanya saya di mana. Told him dalam mall. Dia keep on saying duduk dalam mall jangan bergerak ke mana mana. Hujan lebat dia cakap and something is going on. Masa tu dalam group family pun dia mentioned. And I told him we are in Mekah and its raining..tuhan bagi kita kelebihan untuk berdoa..jom berdoa dont worry about me. Masa tu dia dalam masjid sedang berehat menunggu Maghrib. He told me dalam masjid semua orang sedang ketakutan dan berlari ke sana sini. Nak keluar pun tak boleh. Never in my mind terfikir hujan dan ribut selebat itu...masa tu husband dekat pintu masjid trying to get me. I cakap I am okay dont worry about me. Bila tengok video ni baru I faham kenapa dia risau sangat about me, trying to get me. Suasana dalam masjid dan luar masjid masa tu memang menakutkan. Seolah olah satu kemarahan yang tidak dapat di bendung. Barrier penghalang pintu pun beterbangan...ada jemaah yang jatuh tergelincir di dataran. Keadaan memang huru hara. Masa tu we all tak tahu pun ada krane tumbang. Tapi husband cakap dalam masjid jemaah berlari sambil menangis dah ada yang berdarah.Kami ingatkan sebab hujan dataran kaabah naik air jadi jemaah berlari masuk ke bahagian dalam...Subhanallah...Rupa rupanya masa azan maghrib berkumandang suami saya keluar juga dalam hujan tu dia menuju ke mall tapi berhenti solat maghrib di Masjid Abu Bakar di tingkat 4 tower clock.
When we met he was shaking and can see that he was very relieved to see me ..hey come on I dah cakap kan I okay. Masa tu I hantar message ke group whatsapp sekolah told them macam ada kejadian buruk berlaku dan ribut yang berlaku...tak sampai dua minit bertalu gambar krane jatuh masuk whatsapp...adeii orang Malaysia lagi pantas dan cepat dapat berita.😆. Then we all pergi D Saji for dinner and untuk mendengar news. Cleaners bercerita masa tu baru tau ada 40 something yang meninggal...dari atas kami nampak jalan ditutup...lampu ambulance..sana sini. Bila Isyak suami ke masjid semula. Saya terjumpa seorang kawan yang bercerita dia turun ke basement Safwan Tower nampak bersusun strecthers dengan orang injured. Bawah tu hospital rupanya which connected dengan masjid. Dia nak ambik gambar tapi tak sampai hati...Lepas Isyak tu roomates mencari kami sebab TH dah start headcount..We all sampai hotel around 11 malam..dan waktu tu TH masih pergi dari bilik ke bilik for heads count...Rupanya selepas Asar tu pihakTH ada bagitau jemaah untuk tidak ke masjid sebab angin kuat...Malam tu we all update family di Malaysia..we all ok Alhamdulillah.
My colleague seorang ibu tunggal ada dalam masjid masa tu rupanya. And masa tu dia bawak makcik makcik yang dah berumur with her. Dengan blackout nya..dengan nampak orang yang injured sana sini with scary view she managed to control the elderly dan bawak dia orang balik hotel...kuddos to her...dan kejadian krane runtuh bukan berakhir di situ.....


Kami melawat kawasan keesokan malam nye. Jatuh di atas tempat saei di kawasan lampu hijau tu...Terpegun kami...tiada apa yang dapat melawan kuasa Allah...

Haji 2015 - Hari ke 3 100915

Assalamualaikum,

Hari ketiga di Mekah. Masih seperti biasa, pergi awal ke masjid. Kali ni saya menunggu suami saya di mall di bawah clock tower. Agak pelik bila saya melihat ramai yang bersolat perkarangan mall itu dan di dalam mall yang memang tersedia garisan arah kaabah.

Hati saya bertanya tanya kenapa? Di situ saya berkenalan dengan beberapa rakan lain yang juga uzur. Dapat pandang masjidil haram pun jadi lah kan.Saya bertemu dengan jemaah dari Indonesia yang menginap di hotel di bawah clock tower dan cuma menyorong ibubapanya untuk bersolat di tepi jalan depan mall. Agak pelik tapi masing masing punya pandangan sendiri.Saya terasa rugi bayar pakage mahal tapi solat di jalanraya...

Kalau di perkarangan masjidil haram tu memang dah biasa penuh bila pintu pintu masuk di tutup. Kalau musim haji lagi awal pintu pintu masjid ditutup. Few times kami kena naik ke rooftop..dari roof top kami turun semula mencari tempat di bawah. So bayangkan perjalanan kaki kami..satu kilometer dari hotel...then berjalan dalam masjidil haram mencari tempat. Memang banyak berjalan...Alhamdulillah Allah ilhamkan saya memakai stokin v-ken dan kasut Skechers. Saya bertekad ke Mitsui Outlet Mall sebelum berangkat ke Mekah semata mata nak beli Skechers at discounted price. Alhamdulillah kaki saya mampu berjalan jauh ...Nasihat saya jangan la pakai slipper especially to the ladies pakailah walking shoes yang reliable. InshaAllah kasut tak hilang dan kaki tak sakit ...

Acara wajib everyday check currency

Masa ni tak terfikir crane tu bahaya

Lepak

Santai

Tengok orang solat dalam mall

Dalam Mall

Dalam Mall



Haji 2015 - Hari kedua 090915

Assalamualaikum...

Tiba tiba hati rasa rindu nak menulis semula. Masa clearkan phone husband terjumpa video waktu di Mekah. Banyak lagi kenangan disana yang belum saya lakarkan di sini. Saya tau encik suami ternanti nanti nukilan saya ...macam kena pergi kelas penulisan pulak kan.

Okay bersambung hari kedua saya di Mekah.

Esoknya seawal jam 3 pagi saya terjaga. Siapkan diri sebelum rakan sebilik bangun. Oh dalam bilik saya ada 5 orang. Alhamdulillah sangat baik..betul seperti yang disaran oleh Prof Kamil dalam buku Travelog Haji, mintalah dengan Allah sejak dari Malaysia lagi. Rajin kan solat malam meminta Allah temukan rakan sebilik yang baik..permudahkan urusan perjalanan haji kita. InshaAllah kasih sayang Allah sangat dirasai semasa dibumi haram. Selesai urusan, saya ke bilik suami saya ( note here saya terpaksa ketuk bilik dan kejut husband sebab di hotel kami line telefon kadang kadang tak ada and he is very manja memang jenis kena kejut :) Kebiasaannya TH akan meletak kan kita bilik yang berdekatan dengan mahram. So jangan bimbang ye dan rakan sebilik semuanya memahami. Saya cuma mengetuk tiga kali dan rakan sebilik suami tau itu saya, mereka akan kejutkan suami saya :)

Saya menemankan suami meredah pagi ke masjidil haram walau pun saya sudah di beri cuti oleh Allah usai umrah pertama saya semalam..Sedih sangat sedih tapi saya tekad untuk bersamanya ke masjid. Saya menunggu suami saya sehingga selesai solat subuhnya. Then kami ke D Saji untuk bersarapan. Yes wang pemberian rakan rakan kami gunakan untuk memudahkan urusan ibadah kami..makan minum dan pengangkutan. Untuk berulang alik balik ke hotel agak memenatkan. Selalunya kami stay sampai selesai solat Isyak baru balik ke hotel. Waktu pergi agak mudah kerana ada coaster yg charged 2 riyal seorang untuk ke masjid. Tapi bila jalan tutup still kena menapak jugak hehe...Waktu balik memang agak sukar untuk mendapatkan teksi dan kalau ada pun agak mahal. Kami prefer berjalan sahaja. Seronok sebab dalam perjalanan tu nanti kita akan jumpa macam macam orang. Teringat zaman study dulu gi class sama sama menapak...tapi meredah snow ni meredah orang and cuacanya sangat panas ..lepas subuh kadang kadang cecah 41 degree...

Saya sentiasa berdoa suapaya hubungan saya  dan suami di Mekah sentiasa baik. Saya bermunajat dengan Allah meminta supaya dibuka kan hati suami untuk mengasihani dan menyayangi  saya dan mejaga kebajikan saya ...saya takut dengan cerita cerita yang saya dengar. Suami juga bersama sama berdoa agar kami sentiasa look after each other and yang penting tak bergaduh...Alhamdulillah sepanjang kami di sana semua nya berjalan dengan baik sama jer seperti di Malaysia. 

Seronok bila hidup seharian hanya untuk beribadah..pagi ke masjid..beriktikaf di masjid..bersama sama membaca Al Quran. Hati dan hidup rasa tenang. Berjalan balik pun tak terasa penat when u have somebody to talk to...and pasti saya ingat bila sampai jalan berbukit suami akan menolak saya dari belakang supaya saya tidak penat..sweet kan hehe...Paling mencabar bila tangga bergerak di Hotel Anjum tu tak berfungsi...hehe panjat jangan tak panjat.

Kami bertekad untuk ke masjid setiap hari dan waktu..Alhamdulillah Allah izinkan sepanjang kami di sana. Kami sampai Mekah hari Selasa ...Krane tumbang hari Jumaat. Berkat doa suami saya ...saya cuma uzur empat hari sahaja Alhamdulillah..sepanjang saya di sana saya sangat menghayati betapa besarnya redha seorang suami...

Perkarangan Hotel Anjum
                                           

Eskalator Hotel Anjum (ehsan google) Masa musim Haji sesak
                                                

Lorong untuk balik Ke hotel
Perkarangan Hotel Anjum

Hotel Rehab Maktab 91

Jarak perjalanan dari hotel ke masjid

Masjid depan Hotel

Hotel Rehab Al Janadriyah

Sarapan D'Saji SAR15


Masih di hari pertama.

Kami di tempatkan di Maktab 91. Hotel Rehab Al-Janadiriyyah. Kami di tingkat 7. Masuk bilik pilih katil...then husband dah pesan lepas bersihkan diri ala kadar terus siap nak ke masjidil haram. Kami memilih untuk menyelesaikan umrah kami sendiri tanpa mengikut pihak TH. Jika ikut jadual TH pergerakan umrah akan dilakukan selepas Isyak...Oh tidak, kami tidak mahu kerugian waktu  untuk memulakan solat di Masjidil Haram.
Di kaunter telah disediakan peta untuk menuju ke Haram. Harus melalui Hotel Anjumm untuk ke masjid. Jarak kurang 100 meter jadi 1kilometer :) Hehe jauh tu....
Berdua kami meredah panas..tak jumpa Hotel Anjumm tu..kami terus berjalan atas highway then nampak masjid...melintas jalan besar tu terus menuju ke masjid..Allahu kenapa number pintu ni semua kecik? Mana pintu babu salam? Oh no pucat muka saya...adakan saya tak berpeluang nak tengok kaabah? Kedengaran azan di laungkan...saya mengekori jer ke mana suami saya arahkan. Alhamdulillah dapat tempat untuk solat tapi di mana kaabah ye?
Usai solat kami mula mencari arah kaabah..sana sini jumpa orang yang sedang bekerja..ada yang sedang memanjat tangga, ada jalan yang masih berdebu...dimanakan kami ni? Huhu...rupa rupanya tadi kami bersolat di extension baru masjidil haram patut la sangat tak familiar dengan keadaan sekeliling. Bila dah nampak kaabah Allahuakbar...terus kami naik ke atas mataf (waktu tu mataf masih ada) dan bertawaf. Selesai tawaf kami turun ke dataran kabaah...nampak mendung dan angin kuat...rupa rupanya ribut pasir..kelihatan pasir bertaburan dan berterbangan di muka kami. Kami pun mencari tempat untuk solat sunat selepas tawaf. Then minum air zam zam. Kemudian kami ke arah Bukit Safa. Maka bermula la saei kami. Alhamdulillah kaki masih gagah melangkah dalam ribuan lautan manusia....Selesai saei maka kami bertahalul....Hingga selesai solat Isyak baru kami kembali ke hotel. Lucu jugak hari pertama nak balik hotel tak tau jalan haha...Alhamdulillah ada bawak peta dari hotel tunjuk kat taxi driver....Alhamdulillah hanya Allah yang tahu perasaan kami....