Monday, April 6, 2009

KEMBARA METRO AHAD (KMA) 2009

Petikan from Harian metro....

KUALA LUMPUR: Lebih ramai peserta, lebih banyak hadiah dan lebih meriah. Itulah yang bakal ditampilkan menerusi Kembara Metro Ahad (KMA) 2009 dijadualkan berlangsung pada 18 April ini.Aktiviti jelajah berkereta anjuran akhbar Metro Ahad itu kali ini membuka penyertaan kepada 100 pasukan, berbanding 80 pasukan tahun lalu dan destinasi dituju ialah Desaru, Johor.Untuk tahun ini, sekali lagi Plus Expressways Berhad (Plus) menjadi penaja dan memberi sokongan serta tajaan syarikat tekstil Jakel Trading, Petronas dan pengeluar barangan kesihatan, Al Jabar.Dengan yuran penyertaan cuma RM400 untuk satu pasukan, setiap pasukan menerima pelbagai kemudahan yang dijamin berbaloi dan jauh lebih bernilai daripada wang mereka keluarkan.Antara lain, setiap pasukan diberi baucar petrol RM100, kad Touch n’ Go RM100, sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam, penginapan di Golden Beach Resort Desaru bersama sarapan, serta berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM5,000 keseluruhan.Selain itu, peserta menerima pelbagai cenderamata sampingan iaitu kemeja-T, topi, baucar membeli-belah, makanan kesihatan dan pelbagai barangan elektrik sebagai hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.Menambahkan lagi kemeriahan, ketika 100 kereta mengambil bahagian berlepas dari Balai Berita menuju ke Desaru, satu pesta mini KMA 2009 diadakan di Bandar Penawar bermula jam 10 pagi.Antara aktiviti disediakan di pesta mini ialah gerai jualan pengusaha industeri kecil dan sederhana (IKS) serta pihak penganjur manakala pada sebelah malam diadakan Konsert KMA 2009 yang dijayakan beberapa artis popular tanah air.KMA diperkenalkan pada 2007 dan tahun ini kali ketiga diadakan. Ia program jelajah berkereta berkonsep tersendiri yang menggabungkan ciri ‘treasure hunt’ dan ‘explorace’ dengan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka serta menjawab soalan kuiz.Penyertaan terbuka kepada orang ramai dengan syarat mereka perlu mendaftar sebagai ‘member’ i-Metro (rujuk muka surat 15 akhbar Harian Metro). Keanggotaan setiap pasukan terhad kepada anggota keluarga dan rakan sama jantina saja.Jumlah minimun ahli setiap pasukan dua orang dan penganjur menyediakan kemudahan terhad empat orang sepasukan. Kemudahan untuk baki peserta lebih daripada empat orang sepasukan tanggungan sendiri.Borang penyertaaan, cara dan syarat penyertaan KMA 2009 mula disiarkan di dalam akhbar Metro Ahad, bermula 5 April ini.
Yes..thanks to Pak Nah we managed to register....Dah 2 kali we all missed the kembara 2007 & 2008. Ours the last receipt! So the number is 100 right? Tak sabar dah nak gi ni....The kids will go separately by different car (my kid princess sorang je yg lain tak ikut ler sekolah...) From what I read 'bout last year ada memanah...hum..king u have to practise k!

No comments: