Monday, August 3, 2009

Menghormati Tetamu..

Muhasabah diriku.....

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia menghormati tetamunya dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim."

Islam adalah agama yang serba lengkap dan sempurna yang menganjurkan umatnya supaya bersifat hormat-menghormati, berperibahasa dan memberikan layanan kepada tetamu dengan baik, kerana meraikan tetamu itu boleh membawa rahmat dan Allah Subhanahu Wataala akan memberikan ganjaran yang besar dan banyak untuk mereka.

Menghormati tetamu adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim, oleh itu kita hendaklah melayan mereka mengikut sepatutnya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam, di antaranya menyambut kedatangan tetamu dengan perasaan gembira serta wajah yang manis berseri sambil bertanya khabar berita dan menyajikan hidangan yang termampu oleh kita, bukan dengan membazir dan berbangga-bangga dan apabila tetamu hendak pulang, eloklah mereka dihantar hingga ke pintu rumah serta mengiringinya dengan doa. Begitulah di antara adab-adab yang sepatutnya dilakukan mengikut yang digariskan oleh agama Islam.

Insyaallah.......

No comments: