Saturday, May 20, 2017

Haji 2015 - The Fallen Angels (Tragedi krane Mekah) 110915










Assalamualaikum...

Hari ke empat kami di Mekah.

Video yang saya jumpa dalam phone suami saya ini lah yang membuatkan saya ingin menyambung semula kisah perjalanan haji saya dan suami.

Jumaat pertama kami di Mekah. Seperti biasa pagi ikut suami ke masjidil haram. Selepas sarapan saya memberitahu suami yang saya akan pulang ke hotel bagi mencuci pakaian. Saya akan datang semula selepas waktu Jumaat dengan membawa makanan so kami boleh lunch sama sama😇. Pada mulanya suami bimbang akan keselamatan saya, tapi saya cakap InshaAllah okay jer. Kalau musim haji hari Jumaat suami kena standby kat dataran kaabah sejak awal pagi. Nanti tak dapat saf kat depan kaabah. Pintu pintu pun biasanya di tutup awal. Its advisable stay jer kat masjid lepas Subuh tu.

Anyway it was a big mistake...huhu selepas solat Jumaat tu saya berjalan ke masjid seorang diri...melawan arus ribuan manusia yang pulang dari masjid..huhu it was scary. Alhamdulillah saya berjaya sampai ke masjidil haram bersama lunch pack. Kami berpiknik di dataran. So selepas lunch saya ke mall untuk menunggu suami saya selesai solat. Biasanya saya berkumpul bersama rakan rakan lain sambil duduk memandang ke masjid. Selepas waktu Asar nampak cuaca agak mendung seperti hari pertama kami sampai dulu....tiba tiba angin kuat..pintu berdentam dentum...orang ramai berlari masuk ke mall. Owh hujan lebat rupanya. Masa tu tak terfikir apa apa. Kami beredar ke dalam bahagian mall jauh dari pintu kerana keadaan agak riuh dan orang mulai ramai masuk ke dalam. Then suami saya message bertanya saya di mana. Told him dalam mall. Dia keep on saying duduk dalam mall jangan bergerak ke mana mana. Hujan lebat dia cakap and something is going on. Masa tu dalam group family pun dia mentioned. And I told him we are in Mekah and its raining..tuhan bagi kita kelebihan untuk berdoa..jom berdoa dont worry about me. Masa tu dia dalam masjid sedang berehat menunggu Maghrib. He told me dalam masjid semua orang sedang ketakutan dan berlari ke sana sini. Nak keluar pun tak boleh. Never in my mind terfikir hujan dan ribut selebat itu...masa tu husband dekat pintu masjid trying to get me. I cakap I am okay dont worry about me. Bila tengok video ni baru I faham kenapa dia risau sangat about me, trying to get me. Suasana dalam masjid dan luar masjid masa tu memang menakutkan. Seolah olah satu kemarahan yang tidak dapat di bendung. Barrier penghalang pintu pun beterbangan...ada jemaah yang jatuh tergelincir di dataran. Keadaan memang huru hara. Masa tu we all tak tahu pun ada krane tumbang. Tapi husband cakap dalam masjid jemaah berlari sambil menangis dah ada yang berdarah.Kami ingatkan sebab hujan dataran kaabah naik air jadi jemaah berlari masuk ke bahagian dalam...Subhanallah...Rupa rupanya masa azan maghrib berkumandang suami saya keluar juga dalam hujan tu dia menuju ke mall tapi berhenti solat maghrib di Masjid Abu Bakar di tingkat 4 tower clock.
When we met he was shaking and can see that he was very relieved to see me ..hey come on I dah cakap kan I okay. Masa tu I hantar message ke group whatsapp sekolah told them macam ada kejadian buruk berlaku dan ribut yang berlaku...tak sampai dua minit bertalu gambar krane jatuh masuk whatsapp...adeii orang Malaysia lagi pantas dan cepat dapat berita.😆. Then we all pergi D Saji for dinner and untuk mendengar news. Cleaners bercerita masa tu baru tau ada 40 something yang meninggal...dari atas kami nampak jalan ditutup...lampu ambulance..sana sini. Bila Isyak suami ke masjid semula. Saya terjumpa seorang kawan yang bercerita dia turun ke basement Safwan Tower nampak bersusun strecthers dengan orang injured. Bawah tu hospital rupanya which connected dengan masjid. Dia nak ambik gambar tapi tak sampai hati...Lepas Isyak tu roomates mencari kami sebab TH dah start headcount..We all sampai hotel around 11 malam..dan waktu tu TH masih pergi dari bilik ke bilik for heads count...Rupanya selepas Asar tu pihakTH ada bagitau jemaah untuk tidak ke masjid sebab angin kuat...Malam tu we all update family di Malaysia..we all ok Alhamdulillah.
My colleague seorang ibu tunggal ada dalam masjid masa tu rupanya. And masa tu dia bawak makcik makcik yang dah berumur with her. Dengan blackout nya..dengan nampak orang yang injured sana sini with scary view she managed to control the elderly dan bawak dia orang balik hotel...kuddos to her...dan kejadian krane runtuh bukan berakhir di situ.....


Kami melawat kawasan keesokan malam nye. Jatuh di atas tempat saei di kawasan lampu hijau tu...Terpegun kami...tiada apa yang dapat melawan kuasa Allah...

No comments: