Showing posts with label Haji1436. Show all posts
Showing posts with label Haji1436. Show all posts

Saturday, May 20, 2017

Haji 2015 - The Fallen Angels (Tragedi krane Mekah) 110915










Assalamualaikum...

Hari ke empat kami di Mekah.

Video yang saya jumpa dalam phone suami saya ini lah yang membuatkan saya ingin menyambung semula kisah perjalanan haji saya dan suami.

Jumaat pertama kami di Mekah. Seperti biasa pagi ikut suami ke masjidil haram. Selepas sarapan saya memberitahu suami yang saya akan pulang ke hotel bagi mencuci pakaian. Saya akan datang semula selepas waktu Jumaat dengan membawa makanan so kami boleh lunch sama sama😇. Pada mulanya suami bimbang akan keselamatan saya, tapi saya cakap InshaAllah okay jer. Kalau musim haji hari Jumaat suami kena standby kat dataran kaabah sejak awal pagi. Nanti tak dapat saf kat depan kaabah. Pintu pintu pun biasanya di tutup awal. Its advisable stay jer kat masjid lepas Subuh tu.

Anyway it was a big mistake...huhu selepas solat Jumaat tu saya berjalan ke masjid seorang diri...melawan arus ribuan manusia yang pulang dari masjid..huhu it was scary. Alhamdulillah saya berjaya sampai ke masjidil haram bersama lunch pack. Kami berpiknik di dataran. So selepas lunch saya ke mall untuk menunggu suami saya selesai solat. Biasanya saya berkumpul bersama rakan rakan lain sambil duduk memandang ke masjid. Selepas waktu Asar nampak cuaca agak mendung seperti hari pertama kami sampai dulu....tiba tiba angin kuat..pintu berdentam dentum...orang ramai berlari masuk ke mall. Owh hujan lebat rupanya. Masa tu tak terfikir apa apa. Kami beredar ke dalam bahagian mall jauh dari pintu kerana keadaan agak riuh dan orang mulai ramai masuk ke dalam. Then suami saya message bertanya saya di mana. Told him dalam mall. Dia keep on saying duduk dalam mall jangan bergerak ke mana mana. Hujan lebat dia cakap and something is going on. Masa tu dalam group family pun dia mentioned. And I told him we are in Mekah and its raining..tuhan bagi kita kelebihan untuk berdoa..jom berdoa dont worry about me. Masa tu dia dalam masjid sedang berehat menunggu Maghrib. He told me dalam masjid semua orang sedang ketakutan dan berlari ke sana sini. Nak keluar pun tak boleh. Never in my mind terfikir hujan dan ribut selebat itu...masa tu husband dekat pintu masjid trying to get me. I cakap I am okay dont worry about me. Bila tengok video ni baru I faham kenapa dia risau sangat about me, trying to get me. Suasana dalam masjid dan luar masjid masa tu memang menakutkan. Seolah olah satu kemarahan yang tidak dapat di bendung. Barrier penghalang pintu pun beterbangan...ada jemaah yang jatuh tergelincir di dataran. Keadaan memang huru hara. Masa tu we all tak tahu pun ada krane tumbang. Tapi husband cakap dalam masjid jemaah berlari sambil menangis dah ada yang berdarah.Kami ingatkan sebab hujan dataran kaabah naik air jadi jemaah berlari masuk ke bahagian dalam...Subhanallah...Rupa rupanya masa azan maghrib berkumandang suami saya keluar juga dalam hujan tu dia menuju ke mall tapi berhenti solat maghrib di Masjid Abu Bakar di tingkat 4 tower clock.
When we met he was shaking and can see that he was very relieved to see me ..hey come on I dah cakap kan I okay. Masa tu I hantar message ke group whatsapp sekolah told them macam ada kejadian buruk berlaku dan ribut yang berlaku...tak sampai dua minit bertalu gambar krane jatuh masuk whatsapp...adeii orang Malaysia lagi pantas dan cepat dapat berita.😆. Then we all pergi D Saji for dinner and untuk mendengar news. Cleaners bercerita masa tu baru tau ada 40 something yang meninggal...dari atas kami nampak jalan ditutup...lampu ambulance..sana sini. Bila Isyak suami ke masjid semula. Saya terjumpa seorang kawan yang bercerita dia turun ke basement Safwan Tower nampak bersusun strecthers dengan orang injured. Bawah tu hospital rupanya which connected dengan masjid. Dia nak ambik gambar tapi tak sampai hati...Lepas Isyak tu roomates mencari kami sebab TH dah start headcount..We all sampai hotel around 11 malam..dan waktu tu TH masih pergi dari bilik ke bilik for heads count...Rupanya selepas Asar tu pihakTH ada bagitau jemaah untuk tidak ke masjid sebab angin kuat...Malam tu we all update family di Malaysia..we all ok Alhamdulillah.
My colleague seorang ibu tunggal ada dalam masjid masa tu rupanya. And masa tu dia bawak makcik makcik yang dah berumur with her. Dengan blackout nya..dengan nampak orang yang injured sana sini with scary view she managed to control the elderly dan bawak dia orang balik hotel...kuddos to her...dan kejadian krane runtuh bukan berakhir di situ.....


Kami melawat kawasan keesokan malam nye. Jatuh di atas tempat saei di kawasan lampu hijau tu...Terpegun kami...tiada apa yang dapat melawan kuasa Allah...

Haji 2015 - Hari ke 3 100915

Assalamualaikum,

Hari ketiga di Mekah. Masih seperti biasa, pergi awal ke masjid. Kali ni saya menunggu suami saya di mall di bawah clock tower. Agak pelik bila saya melihat ramai yang bersolat perkarangan mall itu dan di dalam mall yang memang tersedia garisan arah kaabah.

Hati saya bertanya tanya kenapa? Di situ saya berkenalan dengan beberapa rakan lain yang juga uzur. Dapat pandang masjidil haram pun jadi lah kan.Saya bertemu dengan jemaah dari Indonesia yang menginap di hotel di bawah clock tower dan cuma menyorong ibubapanya untuk bersolat di tepi jalan depan mall. Agak pelik tapi masing masing punya pandangan sendiri.Saya terasa rugi bayar pakage mahal tapi solat di jalanraya...

Kalau di perkarangan masjidil haram tu memang dah biasa penuh bila pintu pintu masuk di tutup. Kalau musim haji lagi awal pintu pintu masjid ditutup. Few times kami kena naik ke rooftop..dari roof top kami turun semula mencari tempat di bawah. So bayangkan perjalanan kaki kami..satu kilometer dari hotel...then berjalan dalam masjidil haram mencari tempat. Memang banyak berjalan...Alhamdulillah Allah ilhamkan saya memakai stokin v-ken dan kasut Skechers. Saya bertekad ke Mitsui Outlet Mall sebelum berangkat ke Mekah semata mata nak beli Skechers at discounted price. Alhamdulillah kaki saya mampu berjalan jauh ...Nasihat saya jangan la pakai slipper especially to the ladies pakailah walking shoes yang reliable. InshaAllah kasut tak hilang dan kaki tak sakit ...

Acara wajib everyday check currency

Masa ni tak terfikir crane tu bahaya

Lepak

Santai

Tengok orang solat dalam mall

Dalam Mall

Dalam Mall



Masih di hari pertama.

Kami di tempatkan di Maktab 91. Hotel Rehab Al-Janadiriyyah. Kami di tingkat 7. Masuk bilik pilih katil...then husband dah pesan lepas bersihkan diri ala kadar terus siap nak ke masjidil haram. Kami memilih untuk menyelesaikan umrah kami sendiri tanpa mengikut pihak TH. Jika ikut jadual TH pergerakan umrah akan dilakukan selepas Isyak...Oh tidak, kami tidak mahu kerugian waktu  untuk memulakan solat di Masjidil Haram.
Di kaunter telah disediakan peta untuk menuju ke Haram. Harus melalui Hotel Anjumm untuk ke masjid. Jarak kurang 100 meter jadi 1kilometer :) Hehe jauh tu....
Berdua kami meredah panas..tak jumpa Hotel Anjumm tu..kami terus berjalan atas highway then nampak masjid...melintas jalan besar tu terus menuju ke masjid..Allahu kenapa number pintu ni semua kecik? Mana pintu babu salam? Oh no pucat muka saya...adakan saya tak berpeluang nak tengok kaabah? Kedengaran azan di laungkan...saya mengekori jer ke mana suami saya arahkan. Alhamdulillah dapat tempat untuk solat tapi di mana kaabah ye?
Usai solat kami mula mencari arah kaabah..sana sini jumpa orang yang sedang bekerja..ada yang sedang memanjat tangga, ada jalan yang masih berdebu...dimanakan kami ni? Huhu...rupa rupanya tadi kami bersolat di extension baru masjidil haram patut la sangat tak familiar dengan keadaan sekeliling. Bila dah nampak kaabah Allahuakbar...terus kami naik ke atas mataf (waktu tu mataf masih ada) dan bertawaf. Selesai tawaf kami turun ke dataran kabaah...nampak mendung dan angin kuat...rupa rupanya ribut pasir..kelihatan pasir bertaburan dan berterbangan di muka kami. Kami pun mencari tempat untuk solat sunat selepas tawaf. Then minum air zam zam. Kemudian kami ke arah Bukit Safa. Maka bermula la saei kami. Alhamdulillah kaki masih gagah melangkah dalam ribuan lautan manusia....Selesai saei maka kami bertahalul....Hingga selesai solat Isyak baru kami kembali ke hotel. Lucu jugak hari pertama nak balik hotel tak tau jalan haha...Alhamdulillah ada bawak peta dari hotel tunjuk kat taxi driver....Alhamdulillah hanya Allah yang tahu perasaan kami....




Friday, September 9, 2016

Haji 1436 - Day 1

Hari bertarikh 8 September pada tahun lepas  saya dan suami menjejakkan kaki sebagai Dusyufurahman di bumi Mekah. Alhamdulillah...tak terkata dan tergambar betapa sang pendosa ini mendapat jemputan dari Allah swt. Rupanya hampir setahun baru saya dapat mencoretkan kenangan indah dalam hidup kami berdua. Perjalanan yang paling bersejarah dalam hidup kami dan Allahu bila kami flashback kisah kisah kami di Mekah tiada satu pun yang kami kesalkan....Peraturan perjalanan yang sangat kami rasai sarat dengan kasih sayang Allah swt...
Dari zaman belajar kami memang sentiasa berdua hinggalah ke rezeki mengerjakan haji Allah masih bagi peluang utuk kami bersama. Syukur ya Allah.



Jeddah from above



Tempat duduk depan sekali deck atas.

We reached Jeddah early morning, solat subuh dalam flight. Kalau Saudi Air ada surau ditingkat bawah so dapat lah berjemaah dengan abang aji hehe...Dalam flight I was so nervous tak tau la kenapa..asyik ke toilet aja...Bila dah landing rasa lega sangat Alhamdulillah...

 
Bas yang membawa kami dari kapal ke terminal
 

Suasana dalam bas menuju ke terminal

 Turun flight naik bus yang disediakan to terminal haji Jeddah Airport. Masa ni we all dah siap berihram. Ada announcement untuk niat berihram bila dah sampai miqat Quranul Manazil (Qarn) – lebih kurang 89 km. dari Makkah, bersempadan dengan Kuwait. Ruang angkasanya menjadi tempat miqat bagi jemaah dari Malaysia yang ingin memasuki Mekah melalui ruang udaranya...
We all berkumpul diterminal haji while waiting for those yang belum solat subuh and kat sini ada pertugas will collect the landing form...Er kat sini ada WIFI so bolehlah WA keluarga kat Malaysia to update yang kita dah landing...




Tempat menunggu di terminal haji

 From the waiting area we all bergerak ke imigresen di tingkat atas..Alhamdulillah it was so smooth..tak sampai setengah jam pun...Alhamdulillah Alhamdulillah....kami disambut oleh pertugas TH yg setia menunggu..menurut beliau group kami sgt cepat pelepasannya may be sebab Saudi Air...Beliau bercerita bahawa semalam  beliau terpaksa menunggu tersangat lama bila mana imigresen melambat lambatkan proses kemasukkan jemaah.
Melepasi imigresen...

Kami berehat di ruang menunggu yg disediakan...kalau tak silap area tu memang untuk South East Asia nye jemaah. Menurut petugas di situ di sudut kiri ada lah untuk jemaah dari Indonesia.

Pihak tabung haji yang menunggu



Tempat menunggu yang masih kosong





 Jemaah yang makin ramai


Tambah karpet pulak..kerusi tak cukup

Bila bus sampai kami naik bus seperti yang dah assigned sebelum ni. Sebenarnya masa ni memang dah naik sama dengan you roomate or jiran bilik sebelah...cuma kita belum tahu.







Bas yang membawa ke Mekah


Dalam Bas
 
Along the way bus berhenti kat many places...to collect hadiah dan sedekah berupa makanan dan minuman untuk jemaah Haji...Dusyufurahman...Alhamdulillah.




 Pemandangan sepanjang perjalanan