Hari bertarikh 8 September pada tahun lepas saya dan suami menjejakkan kaki sebagai Dusyufurahman di bumi Mekah. Alhamdulillah...tak terkata dan tergambar betapa sang pendosa ini mendapat jemputan dari Allah swt. Rupanya hampir setahun baru saya dapat mencoretkan kenangan indah dalam hidup kami berdua. Perjalanan yang paling bersejarah dalam hidup kami dan Allahu bila kami flashback kisah kisah kami di Mekah tiada satu pun yang kami kesalkan....Peraturan perjalanan yang sangat kami rasai sarat dengan kasih sayang Allah swt...
Dari zaman belajar kami memang sentiasa berdua hinggalah ke rezeki mengerjakan haji Allah masih bagi peluang utuk kami bersama. Syukur ya Allah.
Jeddah from above
Tempat duduk depan sekali deck atas.
We
reached Jeddah early morning, solat subuh dalam flight. Kalau Saudi Air
ada surau ditingkat bawah so dapat lah berjemaah dengan abang aji
hehe...Dalam flight I was so nervous tak tau la kenapa..asyik ke toilet
aja...Bila dah landing rasa lega sangat Alhamdulillah...
Bas yang membawa kami dari kapal ke terminal
Suasana dalam bas menuju ke terminal
Turun
flight naik bus yang disediakan to terminal haji Jeddah Airport. Masa ni
we all dah siap berihram. Ada announcement untuk niat berihram bila dah
sampai miqat Quranul Manazil (Qarn) – lebih kurang 89 km. dari Makkah,
bersempadan
dengan Kuwait. Ruang angkasanya menjadi tempat miqat bagi
jemaah dari Malaysia yang ingin memasuki Mekah melalui ruang udaranya...
We
all berkumpul diterminal haji while waiting for those yang belum solat
subuh and kat sini ada pertugas will collect the landing form...Er kat
sini ada WIFI so bolehlah WA keluarga kat Malaysia to update yang kita
dah landing...
Tempat menunggu di terminal haji
From the waiting area we all bergerak ke imigresen
di tingkat atas..Alhamdulillah it was so smooth..tak sampai setengah jam
pun...Alhamdulillah Alhamdulillah....kami disambut oleh pertugas TH yg
setia menunggu..menurut beliau group kami sgt cepat pelepasannya may be
sebab Saudi Air...Beliau bercerita bahawa semalam beliau terpaksa menunggu
tersangat lama bila mana imigresen melambat lambatkan proses kemasukkan
jemaah.
Kami berehat di ruang menunggu yg disediakan...kalau tak silap area tu memang untuk South East Asia nye jemaah. Menurut petugas di situ di sudut kiri ada lah untuk jemaah dari Indonesia.
Pihak tabung haji yang menunggu
Tempat menunggu yang masih kosong
Jemaah yang makin ramai
Tambah karpet pulak..kerusi tak cukup
Bila bus sampai kami naik bus seperti yang dah assigned sebelum ni. Sebenarnya masa ni memang dah naik sama dengan you roomate or jiran bilik sebelah...cuma kita belum tahu.
Bas yang membawa ke Mekah
Dalam Bas
Along the way bus berhenti kat many places...to collect hadiah dan sedekah berupa makanan dan minuman untuk jemaah Haji...Dusyufurahman...Alhamdulillah.
Pemandangan sepanjang perjalanan
No comments:
Post a Comment