Saturday, May 20, 2017

Masih di hari pertama.

Kami di tempatkan di Maktab 91. Hotel Rehab Al-Janadiriyyah. Kami di tingkat 7. Masuk bilik pilih katil...then husband dah pesan lepas bersihkan diri ala kadar terus siap nak ke masjidil haram. Kami memilih untuk menyelesaikan umrah kami sendiri tanpa mengikut pihak TH. Jika ikut jadual TH pergerakan umrah akan dilakukan selepas Isyak...Oh tidak, kami tidak mahu kerugian waktu  untuk memulakan solat di Masjidil Haram.
Di kaunter telah disediakan peta untuk menuju ke Haram. Harus melalui Hotel Anjumm untuk ke masjid. Jarak kurang 100 meter jadi 1kilometer :) Hehe jauh tu....
Berdua kami meredah panas..tak jumpa Hotel Anjumm tu..kami terus berjalan atas highway then nampak masjid...melintas jalan besar tu terus menuju ke masjid..Allahu kenapa number pintu ni semua kecik? Mana pintu babu salam? Oh no pucat muka saya...adakan saya tak berpeluang nak tengok kaabah? Kedengaran azan di laungkan...saya mengekori jer ke mana suami saya arahkan. Alhamdulillah dapat tempat untuk solat tapi di mana kaabah ye?
Usai solat kami mula mencari arah kaabah..sana sini jumpa orang yang sedang bekerja..ada yang sedang memanjat tangga, ada jalan yang masih berdebu...dimanakan kami ni? Huhu...rupa rupanya tadi kami bersolat di extension baru masjidil haram patut la sangat tak familiar dengan keadaan sekeliling. Bila dah nampak kaabah Allahuakbar...terus kami naik ke atas mataf (waktu tu mataf masih ada) dan bertawaf. Selesai tawaf kami turun ke dataran kabaah...nampak mendung dan angin kuat...rupa rupanya ribut pasir..kelihatan pasir bertaburan dan berterbangan di muka kami. Kami pun mencari tempat untuk solat sunat selepas tawaf. Then minum air zam zam. Kemudian kami ke arah Bukit Safa. Maka bermula la saei kami. Alhamdulillah kaki masih gagah melangkah dalam ribuan lautan manusia....Selesai saei maka kami bertahalul....Hingga selesai solat Isyak baru kami kembali ke hotel. Lucu jugak hari pertama nak balik hotel tak tau jalan haha...Alhamdulillah ada bawak peta dari hotel tunjuk kat taxi driver....Alhamdulillah hanya Allah yang tahu perasaan kami....




No comments: